
ABOUT US
Our Story

Kedah Management Services Sdn. Bhd. (KMS) ialah sebuah syarikat sendiriran berhad yang telah ditubuhkan sebagai sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan telah diperbadankan pada 01 Oktober 1996. Penubuhan syarikat ini adalah selaras dengan hasrat untuk memperkukuh peranan Kumpulan PKNK dalam bidang pengurusan korporat, pembangunan modal insan serta perkhidmatan sokongan organisasi.
KMS telah diaktifkan pada tahun 2024 dan sejak pengaktifannya, KMS berperanan menyediakan perkhidmatan profesional yang meliputi pengurusan kesetiausahaan syarikat, pengambilan sumber manusia serta penganjuran program latihan dan pembangunan kompetensi. Melalui pendekatan yang berstruktur dan berintegriti, KMS komited untuk menjadi rakan strategik kepada agensi kerajaan, anak syarikat PKNK serta organisasi swasta dalam memperkukuh tadbir urus dan kecekapan pengurusan.
Selaras dengan aspirasi Kumpulan PKNK, KMS terus berusaha memperluas bidang keupayaan serta mempertingkat tahap profesionalisme dalam setiap aspek perkhidmatan yang ditawarkan, seiring dengan perkembangan industri dan keperluan semasa industri dan pembangunan ekonomi negeri Kedah.



Visi
"Menjadi penyedia perkhidmatan sokongan korporat bersepadu yang dipercayai dan terkemuka yang memperkasakan organisasi untuk berkembang dan berkembang maju."